Pengalamanku Sepanjang 4 Hari di Rumah....


Setibanya saya di rumah, saya terus bersalaman dengan ibu bapa yang sudah lama tidak deketemui. saya cepat - cepat mengambil air sembahyang kerana ketika itu waktu zuhur sudah hampir habis. Kemudian saya meneruskan rutin harian iaitu makan, belajar, dan tidur yang secukupnya.

Keesokan hari, saya terus tidur setelah selesai sembahyang berjemaah dengan keluarga yang tercinta. Tepat 10.30, aku bingkas bangun lalu mandi kerana matahari sudah berada di atas kepala. Aku makan sarapan yang telah disediakan oleh ibuku di bawah tudung saji.Aku bersiap - siap untuk pergi sembahyang berjemaah. Selesai bersembayang, aku berdoa agar keluargaku sentiasa bahagia, sihat dan tidak terpesong dari landasan agama.Pada waktu petang, aku menonton televisyen hingga ke malam namun solat masih tidak dilupakan.

Hari Sabtu, aku sembahyang dan mandi kerana cerita kegemaranku akan bermula tidak lama kemudian. Aku menonton televisyen hingga ke tengahari lalu barulah makan makanan di dapur. Aku mendapat mesej daripada kawanku yang baget agak kurusla mengatakan bahawa dia berasa bosan di rumah. Aku berbalas mesej dengannya beberapa kali. Pada waktu malam, aku keluar berbeli - belah dengan keluargaku. Aku membeli sepasang kasut kerana ia kelihatan menawan. Aku meneruskan rutin harianku......

Hari Ahad pun tiba, aku masih bangun awal agar tidak ketiggalan rancangan di televisyen. Aku mandi lalu bersiap kerana hari itu merupakan hari aku pulang ke asrama. Aku mengemas barang yang perlu dibawadan meletakkannya di dalam kereta.Aku dan ibuku meneruskan perjalanan ke sekolah. Setibanya aku di sekolah, aku pun bersalaman dengan ibuku lalu beliau kembali pulang ke rumah. Inilah pengalamanku sepanjang 4 hari di rumah.


0 Responses